Huawei MediaPad M2 Dengan Skrin 10-inci Dan Memfokuskan Audio Diperkenalkan

Huawei MediaPad M2 Dengan Skrin 10-inci Dan Memfokuskan Audio Diperkenalkan

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Selain perkongsian mengenai jam tangan pintar dan juga telefon pintar Mate 8, pihak Huawei juga turut mengambil pentas utama CES 2016 dalam memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu Huawei MediaPad M2.

Huawei MediaPad M2

Huawei MediaPad M2 ini hadir dengan skrin bersaiz 10-inci dan pihak Huawei dilihat lebih memfokuskan kepada sokongan audio yang dibawakan padanya. Dalam usaha menjayakannya, pihak Huawei telah bekerjasama dengan Harmon Kardon dan menawarkan sokongan audio yang baik melalui 4 speaker pada tablet berkenaan.

Huawei MediaPad M2

Huawei MediaPad M2

Menguasakan tablet ini adalah cip Kirin 930, memori 2GB RAM, dan juga ruangan storan 16GB. Pihak Huawei turut menawarkan versi 3GB RAM dan ruangan storan 64GB – yang turut hadir dengan sebuah stylus terbina.

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan MediaPad M2 versi 8-inci di Malaysia, dan bagi anda yang inginkan versi 10-inci, mungkin boleh nantikan tablet ini.


TIPS & ULASAN