Twitter Mungkin Membenarkan Anda Tweet Dengan Had Sehingga 10,000 Aksara

Twitter Mungkin Membenarkan Anda Tweet Dengan Had Sehingga 10,000 Aksara

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Twitter merupakan salah satu perkhidmatan yang terkenal dengan penggunaan had aksara sebanyak 140 pada setiap Tweet yang dihantar. Sebelum ini, Twitter telah membolehkan penghantaran mesej peribadi melalui Direct Message dengan had aksara mencapai 10,000 aksara – dan kini dilihat mungkin mengimplementasikan perkara sama pada perkhidmatan utama mereka.

TwitterBuat masa ini, Twitter dilaporkan masih pada peringkat mempertimbangkan fungsi berkenaan dan tidak pasti lagi akan diimplementasikan ataupun sebaliknya. Ia dikatakan mungkin menjadi salah satu fungsi dalam menarik lebih ramai pengguna baru – disamping membolehkan perkongsian yang lebih panjang dilakukan menggunakan Twitter.

Ia dikatakan, walaupun membenarkan perkongsian Tweet melebihi 10,000 aksara, naun Twitter akan hanya memaparkan Tweet dengan had 140 aksara sahaja pada garis masa, dan pengguna mungkin perlu membuka pautan Tweet berkenaan (atau mempunyai kaedah lain) untuk membaca Tweet berkenaan secara menyeluruh.

Bagi anda, adakah langkah pihak Twitter ini akan menguntungkan dan menarik lebih ramai pengguna baru, ataupun ia akan memberikan impak negatif kepada perkhidmatan sosial berkenaan?


TIPS & ULASAN