Casio WSD F-10 – Jam Pintar Tahan Lasak Dengan Ketahanan Bateri Sehingga Sebulan

Casio WSD F-10 – Jam Pintar Tahan Lasak Dengan Ketahanan Bateri Sehingga Sebulan

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Casio ialah jenama yang terkenal dengan penghasilan jam tangan yang tahan lasak. Suatu ketika dahulu Casio G-Shock ialah jam tangan yang perlu dimiliki kerana mampu menahan hentakan dari ketinggian 3 tingkat. Kini mereka akhirnya menghasilkan jam tangan pintar pertama mereka yang menggunakan sistem operasi Android Wear. Casio WSD F-10 mempunyai skrin bulat sebesar 1.32″ dengan resolusi 320×300 pixel dan tahap ketahanan memenuhi piawai ketenteraan MIL-STD-810. Ianya kalis air sehingga kedalaman 50 meter. Spesifikasi lain jam tangan pintar ini tidak diumumkan.


Casio-WSD-F10-jam-tangan-1

Keunikan WSD F-10 ialah ia mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga sebulan. Ini dicapai kerana ia mempunyai dua skrin yang diletakkan secara bertindih. Skin LCD berwarna diaktifkan untuk penggunaan aplikasi manakala skrin kedua monokrom hanya memaparkan waktu mengurangkan penggunaan bateri. Tidak seperti jam tangan Android Wear lain WSD F-10 mempunyai tiga butang fizikal pada sisi sebelah kanan. Butang-butang ini digunakan untuk mengakses aplikasi, mengaktifkan skrin dan butang Tool. Aplikasi ViewRanger, Runkeeper dan MyRadar disertakan bagi memudahkan mereka yang gemar melakukan aktiviti luar. Ianya akan mula dijula bermula di Jepun Mac hadapan dengan harga $500 (RM 2180) sepasang dengan empat pilihan warna (hijau, merah, hitam dan oren). Kepada mereka yang selama ini mendambakan G-Shock edisi pintar, kini impian menjadi realiti.


TIPS & ULASAN