Cari @ Amanz

Harga skrin yang semakin murah membuatkan kewujudannya pada objek harian bukan lagi sesuatu yang aneh. Kita sudahpun mempunyai papan kekunci dan juga peti ais dengan skrin sesentuh. Kini giliran tetikus pula mempunyai skrin terbina pada bahagian sisi. Steelseries Rival 700 ialah tetikus untuk golongan pemain komputer profesional yang mempunyai skrin OLED terbina pada sebelah kanan.

 

Skrin OLED ini disertakan bagi memudahkan pemain melihat tetapan pada tetikus ketika ia digunakan. Pada tetikus lain biasanya lampu berwarna menunjukkan tetapan CPI dan polling rate yang digunakan. Tetapi ketika sedang hangat bertempur di dunia maya, sistem penunjuk ini tidak lagi sesuai digunakan. Rival 700  turut boleh menunjukkan makro manakah yang sedang digunakan, jumlah headshot yang berjaya dilakukan di dalam permainan serta animasi yang boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna. Ini memberikan tahap kustomasi kelengkapan permainan yang tidak boleh dilakukan sebelum ini. Tetikus ini juga menyokong sistem gegeran untuk timbal balas haptik. Bilakah ia akan mula dijual dan harga jualan masih belum diumumkan.

steelseries_rival-700-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd