Nikon Hadir Dengan Kamera Aksi 360-Darjah – KeyMission360

Nikon Hadir Dengan Kamera Aksi 360-Darjah – KeyMission360

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Nikon merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam arena fotografi. Terkini, bersempena dengan pengumuman pelbagai produk baru yang berlangsung di Consumer Electronic Show, pihak Nikon tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan salah satu keluarga produk baru mereka, iaitu kamera aksi.

Nikon KeyMission 360

Bercakap mengenai kamera aksi, ramai yang sedia mengenali akan GoPro. Nikon menawarkan alternatif untuknya, dimana KeyMission 360 hadir dengan sokongan merakamkan video 360-darjah dalam resolusi 4K.

Melalui rakaman video 360-darjah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna hadir dengan video realiti-maya mereka tersendiri dengan mudah – dan pada masa yang sama merakamkan gerakan dan aksi-aksi menarik mereka ketika melakukan sebarang aktiviti.

Melengkapkan kamera ini juga adalah sokongan kalis air sehingga 30-meter kedalaman. Nikon turut mengatakan ia hadir dengan fungsi Vibration Reduction yang mengurangkan kesan gegaran ketika merakamkan gambar sekaligus menghasilkan gambar dan video yang cantik.

Nikon masih belum berkongsi lanjut mengenai spesifikasi dan harga jualan kamera aksi 360-darjah ini.


TIPS & ULASAN