LeTV Le Max Pro Diperlihatkan – Peranti Pertama Dengan Pemproses Snapdragon 820

LeTV Le Max Pro Diperlihatkan – Peranti Pertama Dengan Pemproses Snapdragon 820

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Pemproses Snapdragon 810 yang dihasilkan oleh Qualcomm tahun lalu mempunyai pelbagai masalah kepanasan. Sungguhpun beberapa versi dikatakan dihasilkan bagi mengatasi masalah ini, hampir kesemua peranti yang menggunakannya masih lagi mempunyai masalah yang sama. Dengan Snapdragon 820 Qualcomm cuba memperbaiki imej syarikat yang tercalar. Pemproses berkuasa tinggi ini akhirnya muncul di pasaran menerusi peranti LeTV Le Max Pro yang diperlihatkan di CES2016 hari ini.

LeTV-Le-Max-Pro-1

LeTV Le Max Pro ialah peranti dengan skrin 6.3″ QHD, RAM LPDDR4 sebesar 4 Gigabyte, muatan dalaman 64 Giagbyte, kamera utama sebesar 21 Megapixel dengan OIS dan bateri sebesar 3400mAh. Pemproses Snapdragon 820 ini mempunyai empat teras pada kelajuan 2.2 GHz. Empat teras Kryo ini dihasilkan menggunakan teknologi pemprosesan 16 nm yang memberikan penjimatan penggunaan tenaga berbanding pemproses generasi terdahulu. Dari segi grafik pula ia menggunakan cip Andreno 530 yang menjanjikan kenaikan prestasi grafik sehingga 40%. Selain daripada itu Snapdragon 820 mempunyai sokongan Sense ID Qualcomm yang mengimbas cap jari menggunakan teknologi ultrasonik. Menurut mereka ini memberikan imbasan yang bukan sahaja lebih pantas tetapi lebih selamat. Keseluruhan LeTV Le Max Pro diperbuat daripada logam bagi memberikan kemasan yang premium. Ia menggunakan Android Marshmallow dengan pelancar khas LeTV. Bilakah ia akan dijual dan harga masih belum diumumkan. Teruskan membaca Amanz bagi mendapatkan berita terkini mengenai peranti Snapdragon 820 pertama di dunia ini.


TIPS & ULASAN