Carian
Pembangun Dron Popular, Parrot Hadir Dengan Sebuah Pasu Pintar
January 6, 2016 Aman

Jenama Parrot mungkin dikenali ramai sebagai pengeluar dron terkemuka, tetapi syarikat yang sama juga turut mempunyai beberapa penawaran produk pintar yang lain. Terkini, pada CES 2016, mereka turut memperlihatkan dan melancarkan sebuah pasu pintar.

Pasu pintar daripada Parrot ini boleh menyimpan air sebanyak lebih kurang 2 liter – membolekan ia menyiram secara automatik kepada pokok yang ditanam didalamnya selama lebih kurang seminggu.

Parrot Pasu

Pengguna boleh mengawal pasu pintar ini melalui sebuah aplikasi khusus – dan ia akan menawarkan data yang bersesuaian dengan tanaman anda. Pasu ini juga hadir dengan pelbagai sensor terbina untuk menyemak kadar kelembapan, suhu, keadaan baja, dan beberapa yang lain.

Pasu pintar ini mungkin menarik perhatian anda, terutamanya yang meminati aktiviti bercucuk tanam. Tetapi pada harga mencapai $99 sepasu, ia tidak diketahui sama ada anda ingin membelinya atau lebih selesa menggunakan pasu biasa yang berharga bawah RM5.

Komen