Cari @ Amanz

Isu hangat berkenaan rokok elektronik berterusan walaupun kita sudah melangkah ke tahun 2016. Terbaru kerajaan Negeri Sembilan hari ini membenarkan penjualan vape di negeri adat perpatih ini tetapi mengharamkan penggunaannya di kalangan penduduk beragama Islam. Kebenaran penjualan diberikan selepas mengambil kira hak pengguna vape yang tidak beragama Islam.

Vape

Menteri Besar Negari Sembilan, Datok Seri Mohammad Hassan dipetik  berkata, “Kita akur dengan keputusan Majlis Fatwa, tapi kita perlu lihat secara menyeluruh. Perniagaan berasaskan vape tidak difatwakan haram, malah orang yang menghisap vape bukan semuanya Islam. “Kalau kita betul nak haramkan vape, maka kita perlu haramkan semua produk yang haram bagi umat Islam. Kalau macam itu, banyak perniagaan yang perlu ditutup di Malaysia”. Setakat ini Melaka adalah negeri yang mengambil langkah paling keras dalam pengharaman vape. Penjualan dan penggunannya diharamkan secara meluas tanpa mengira agama. Di Kelantan dan Johor hanya penjualannya diharamkan. Kerajaan pusat pula masih lagi memikirkan untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan pada peringkat nasional. Sungguhpun begitu kawasan larangan menghisap vape akan diwartakan tahun ini selari dengan kawasan larangan menghisap rokok yang sudah berkuat kuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd