Bagi mereka yang menggunakan Chromebook di Malaysia, mungkin komputer riba berasaskan Chrome OS daripada Samsung bukan sesuatu yang asing. Sejak ia diperkenalkan, beberapa variasi telah hadir, dan terkini pada CES 2016, Samsung memperkenalkan Chromebook 3 secara rasminya.
Samsung Chromebook 3 hadir dijana menggunakan cip Intel Celeron N3050, memori sehingga 4GB RAM, dan menawarkan skrin bersaiz 11.6-inci dengan resolusi 1366×768 pixel. Secara kasar, ia dilihat sebagai kemaskini kecil berbanding generasi sebelumnya – dan Samsung memfokuskan untuk menambah masa penggunaan bateri – yang mana kini menawarkan masa sehingga 11 jam lamanya.
Samsung Chromebook 3 menggunakan sistem operasi Chrome OS, iaitu salah satu sistem operasi daripada Google yang beroperasi sepenuhnya pada pelayar web.
Samsung tidak mengumumkan harga jualannya lagi, dan ia dijangka dipasarkan pada awal tahun 2016 ini.