Carian
Nikon D5 Diperkenalkan – Kamera DSLR Profesional Terbaru Daripada Nikon
January 6, 2016 Aman

Nikon pada penghujung tahun lepas telah hadir dengan teaser mengatakan bakal memperkenalkan kamera DSLR terbaru mereka. Hari ini, bersempena dengan CES 2016, mereka secara rasminya memperkenalkan kamera profesional terbaru mereka tersebut, iaitu Nikon D5.

Nikon D5

Nikon D5 menyertakan sensor 20.8-megapixel CMOS yang boleh merakamkan gambar pada kadar sehingga 14fps, disamping merakamkan video 4K pada kadar 30fps. Menguasakan kamera ini adalah pemprosesan imej terkini, iaitu Expeed 5. Kamera terbaru ini juga menawarkan kadar ISO sehingga 3,280,000.

Sistem autofokus pada kamera ini turut ditambah baik dengan penggunaan sebuah pemprosesan khusus untuk autofokus.

Melengkapkan kamera ini juga adalah sebuah skrin sentuh LCD bersaiz 3.2-inci, serta hadir dalam dua variasi – iaitu menggunakan slot kad dwi-XQD ataupun dwi-CF.

Nikon D5 ini akan mula dipasarkan bermula bulan Mac kelak, dimana badannya sahaja berharga $6500 (~RM28,540).

Komen