Intel Dan Segway Memperlihatkan Robot Untuk Digunakan Di Rumah Anda

Intel Dan Segway Memperlihatkan Robot Untuk Digunakan Di Rumah Anda

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Segway telah mengumumkan sebelum ini, mengatakan mereka akan memasuki arena robotik dengan kerjasama pihak Intel dan Xiaomi. Hari ini, pada CES 2016, mereka mengambil peluang untuk berkongsi pentas bersama pihak Intel untuk memperlihatkan robot mereka.

Intel Segway Robot

Robot yang dibangunkan oleh Segway ini adalah daripada hoverboard mereka, dimana ia boleh digunakan untuk ditunggang dari satu lokasi ke lokasi lain, dan pada masa yang sama mengaktifkannya untuk menjadikannya sebuah robot.

Robot ini dilengkapi dengan sokongan Intel RealSense 3D untuk membolehkan ia mengimbas persekitaran, dan pada masa yang sama mengenal-pasti seseorang.

Intel Segway Robot

Intel Segway Robot

Intel Segway Robot

Daripada demo ringkas yang diperlihatkan, Intel turut menjukkan kebolehan ia berinteraksi dengan pengguna melalui arahan suara.

Buat masa ini, robot ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal – dan tidak mustahil untuk kita melihat Intel dan Segway – bersama-sama Xiaomi memasarkan produk ini kepada umum.


TIPS & ULASAN