Cari @ Amanz

Melalui Windows 10, Microsoft telah memperkenalkanpelayar web baru dinamakan sebagai Microsoft Edge. Ia merupakan salah satu usaha Microsoft dalam memberikan nafas baru kepada pelayar web mereka, apatah lagi dengan ramai pengguna web yang membenci nama Internet Explorer.

Internet Explorer 10

Bergerak ke hadapan, Microsoft akan mula menamatkan sokongan untuk perisian lama mereka. Bermula daripada minggu hadapan, Microsoft akan menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 8, 9 dan juga 10 – sekaligus pelayar web ini tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini sekuriti terbaru.

Dalam arena web masa kini, ramai yang memfokuskan kepada sekuriti, dan ketiadaan sokongan sekuriti boleh membuatkan ramai beralih ke pelayar web alternatif. Apatah lagi kebanyakkan versi lama tidak menyokong teknologi web terbaru yang telah mula diimplementasikan sejak setahun dua ini.

Seperti biasa, Microsoft meminta pengguna beralih kepada pelayar web Internet Explorer 11, ataupun menaik-taraf sistem operasi kepada Windows 10 dan menikmati Microsoft Edge. Microsoft sendiri akan mula memaparkan notifikasi kepada pengguna Internet Explorer 8,9 dan 10 bermula minggu hadapan untuk beralih kepada pelayar web yang lebih moden.

Sebagai alternatif lain juga, mungkin anda boleh menggunakan pelayar web seperti Chrome, Opera atau Firefox sekiranya anda masih kekal menggunakan Internet Explorer 8,9 atau 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd