Xiaomi Mi5 Akan Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina – Dijana Snapdragon 820

Xiaomi Mi5 Akan Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina – Dijana Snapdragon 820

Diterbitkan pada Jan 6, 2016 oleh .

Bagi para peminat telefon pintar Android, anda semestinya menantikan telefon pintar Mi 5 daripada pengeluar China berkenaan. Berkongsi mengenainya, ia dikatakan telefon pintar Mi5 akan dilancarkan secara rasminya selepas Tahun Baru Cina kelak.

Xiaomi Render

Pada masa yang sama, pihak Xiaomi mengesahkan yang mana Xiaomi Mi5 akan dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820.

Tiada maklumat lanjut yang dikongsikan – tetapi berdasarkan info tertiris sebelum ini, Xiaomi Mi5 dikatakan akan turut dilengkapi skrin bersaiz 5.2-inci dan turut menyertakan pengimbas cap jari. Telefon pintar ini juga mungkin akan menjadi telefon pintar pertama Xiaomi berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow.


TIPS & ULASAN