Carian
WeChat Memperkenalkan Sokongan Panggilan Ke Talian Tetap Dan Mudah-Alih, WeChat Out
January 7, 2016 Aman

Pengguna aplikasi seperti Skype mungkin sedia mengenali akan fungsi dan kebolehan membuat panggilan ke talian tetap atau talian mudah-alih – terus melalui aplikasi Skype, dan dikenakan caj minima yang lebih murah. Kini, WeChat turut mengikut jejak melalui pengenalan fungsi baru mereka dinamakan WeChat Out.

WeChat Out

Fungsi WeChat Out ini masih terhad sokongannya, dan buat masa ini hanya meliputi negara Amerika Syarikat, Hong Kong, dan India.

Menggunakan WeChat Out, pengguna boleh membuat panggilan ke sebarang talian tetap dan mudah-alih pada kadar yang lebih rendah (berbeza mengikut negara) – yang mana boleh dikatakan agak berguna jika anda ingin membuat panggilan antara negara.

Seperti biasa, pengguna akan dikehendaki menambah-nilai untuk menggunakan fungsi ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi WeChat Out ini akan diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia.

Komen