MSI Mengumumkan Komputer Semua-Dalam-Satu Dengan Kebolehan Naik-Taraf Sokongan Grafik

MSI Mengumumkan Komputer Semua-Dalam-Satu Dengan Kebolehan Naik-Taraf Sokongan Grafik

Diterbitkan pada Jan 7, 2016 oleh .

MSI merupakan salah satu jenama popular dalam penawaran komputer memfokuskan permainan video dan multimedia. Terkini, bersempena dengan CES 2016, pihak MSI memperkenalkan beberapa produk baru mereka, termasuk salah satunya adalah komputer AIO memfokuskan permainan.

MSI 27XT Gaming AIO

MSI menamakannya sebagai MSI Gaming 27XT AIO. Seperti pada namanya, ia hadir dengan skrin bersaiz 27-inci, dan salah satu perbezaan ia dengan komputer AIO lain adalah kebolehan menaik-taraf sokongan grafik pada AIO berkenaan.

Untuknya, pihak MSI melengkapkan komputer AIO ini dengan sebuah ruangan khusus pada bahagian belakang, bagi membolehkan pengguna menaik-taraf grafik. Kebiasaannya, komputer AIO tidak memfokuskan arena gaming kerana sukar menaik-taraf spesifikasi – terutamanya grafik, dan mungkin MSI telah mengatasi masalah ini dengan sokongan naik-taraf grafik ini.

Pihak MSI masih tidak berkongsi mengenai bilakah ia akan dilancarkan, dan berapakah harga jualannya.


TIPS & ULASAN