Netflix Dilancarkan Di Malaysia Pada Langganan Bermula RM33 Sebulan

Netflix Dilancarkan Di Malaysia Pada Langganan Bermula RM33 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 7, 2016 oleh .

Netflix merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penstriman video terkemuka daripada Amerika Syarikat. Mereka menyediakan pelbagai kandungan popular daripada siri-TV sehinggalah kepada filem. Hari ini, Netflix melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya di Malaysia, pada harga bermula RM33 sebulan.

Netflix

Pengenalan di Malaysia turut hadir dengan percubaan selama sebulan secara percuma. Versi langganan asas hadir pada harga RM33 sebulan dan terhad kepada satu skrin sahaja pada sesuatu masa. Sekiranya pengguna ingin mengakses dua skrin dan inginkan sokongan paparan HD, Netflix menawarkan pada harga langganan RM42 sebulan, dan versi Premium yang hadir dengan sokongan sehingga 4 skrin dan sokongan Ultra HD pula berharga RM51 sebulan.

Netflix Malaysia

Netflix menyertakan sejumlah rancangan menarik, bukan sahaja daripada penerbit luar, tetapi juga terbitan mereka tersendiri – termasuk siri popular seperti House of Cards, beberapa siri-TV Marvel dan sebagainya.

Penyertaan Netflix ke arena tempatapan ini akan memberikan cabaran sengit kepada pihak iFlix – salah satu syarikat tempatan yang turut menawarkan fungsi lebih kurang sama. Dari segi harga dan penawaran kandungan tempatan, pihak iFlix masih mendahului Netflix – tetapi pihak Netflix mempunyai kandungan yang lebih banyak pada perkhidmatan mereka. Akan menjadi salah satu perkara menarik untuk melihat bagaimanakah kandungan eksklusif untuk siri-TV akan berfungsi selepas pengenalan ini.

Bagi anda yang ingin mencuba Netflix, boleh memulakan penstriman percuma selama 30 hari anda sekarang.

Layari : Netflix Malaysia


TIPS & ULASAN