Menggunakan Streamyx Atau UniFi? Anda Akan Dikenakan Caj RM2 Untuk Bil Bercetak Bermula Julai 2016

Menggunakan Streamyx Atau UniFi? Anda Akan Dikenakan Caj RM2 Untuk Bil Bercetak Bermula Julai 2016

Diterbitkan pada Jan 7, 2016 oleh .

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan akan memperkenalkan sokongan bil elektronik melalui emel, menggantikan bil bercetak mereka. Namun, mungkin ramai yang masih tidak mengetahui mengenainya, dan terkini pihak Telekom Malaysia mengumumkan mereka menangguhkan implementasinya.

Pihak Telekom Malaysia mengatakan, semua pelanggan jalur-lebar mereka, iaitu untuk Streamyx dan Unifi, mereka diminta beralih kepada sokongan e-bil bermula daripada bulan Julai 2016 kelak, atau mereka akan dikehendaki untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM2 untuk bil bercetak.

TM eBill

TM mengatakan melalui bil elektronik, ia membolehkan pengguna menerima notifikasi dan bil bulanan mereka dengan lebih pantas berbanding dengan bil bercetak. Pada masa yang sama, pengguna juga akan menerima notifikasi melalui SMS selepas tujuh hari tarikh sesuatu bil berkenaan.

TM mengatakan, selain lebih pantas, langkah ini juga adalah perlu untuk kearah gaya hidup digital yang ditekankan oleh TM sendiri – disamping menjadikan operasi mereka lebih hijau.

Untuk mengaktifkan e-bil untuk akaun Streamyx atau UniFi anda, pengguna akan diperlukan untuk menghantar emel kepada pihak TM di [email protected] dengan menyertakan emel dan nombor telefon – atau melakukannya dengan ke TMpoint berdekatan.

Sekiranya pengguna tidak beralih kepada e-bil, mereka akan kekal menerima bil bercetak dan dikenakan caj sebanyak RM2 sebulan.

TM mengatakan mereka telah menekankan peralihan ini kepada pelanggan mereka, tetapi hanya sekitar 700,000 pengguna sahaja yang telah beralih kepadanya daripada sejumlah 4.4 juta pelanggan Telekom Malaysia.

Pelaggan perkhidmatan telefoni daripada Telekom Malaysia tanpa jalur-lebar akan kekal menerima bil bercetak secara percuma.


TIPS & ULASAN