Cari @ Amanz

Tumit Achilles sebuah jam tangan pintar terletak pada baterinya. Jam tangan pintar yang kami gunakan setakat ini hanya mampu bertahan sehingga sehari pada penggunaan berat dan tiga hari pada penggunaan sederhana. Ada yang peduli dengan keperluan mengecas dengan kerap tetapi ramai juga yang tidak memiliki jam tangan pintar akibat masalah ini. Razer Nabu Watch ialah jam tangan pintar yang dilengkapi dua bateri bagi memastikan anda tidak perlu mengecasnya setiap hari.

Razer-Nabu-Watch-1

Razer Nabu Watch tidak seperti jam tangan pintar Android Wear ataupun Watch OS. Ia hanya memaparkan notifkasi pada skrin segi empat tepat pada bahagian bawah muka jam. Bateri duit syiling yang biasa digunakan pada jam tangan mengusai jam digitalnya. Ini memberikan ketahanan bateri sehingga setahun. Bateri kedua yang mengusai sistem pintar seperti pengira kalori, GPS, pengira langkah dan pengesan pola tidur pula boleh bertahan selama tujuh hari. Kesemua fungsi kesihatan ini boleh dilihat dan direkod menggunakan aplikasi khas Nabu Watch.Setakat ini hanya sistem operasi Android dan iOS disokong. Razer menghasilkan dua versi Nabu Watch. Versi biasa diperbuat daripada polikarbonat dan dijual pada harga $149.99 (~RM 663). Versi yang diperbuat daripada logam yang diberi nama Forged Edition pula dijual pada harga $ 199.99 (~RM 884). Kedua-duanya boleh dibeli sekarang menerusi lama rasmi Razer.

Razer-Nabu-Watch-2Razer-Nabu-Watch-3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd