5 Kelebihan ZenFone 2 Laser Yang Perlu Anda Ketahui

5 Kelebihan ZenFone 2 Laser Yang Perlu Anda Ketahui

Diterbitkan pada Jan 7, 2016 oleh .

Asus menamatkan tahun 2015 dengan penawaran pelbagai telefon pintar dari siri ZenFone mereka. Bermula dengan pengenalan ZenFone pada tahun 2014 yang menyaksikan hanya beberapa variasi diumumkan, tahun 2015 memperlihatkan pelbagai variasi berbeza, dan bukan sekadar perbezaan dari saiz. ZenFone 2 merupakan siri asal yang memperlihatkan RAM sebanyak 4GB, disusuli dengan siri ZenFone Selfie, ZenFone 2 Laser dan juga ZenFone 2 Deluxe. ZenFone Selfie merupakan penawaran dari Asus yang memfokuskan Selfie, dan ZenFone 2 Deluxe pula memfokuskan kepada kapasiti storan yang besar manakala ZenFone 2 Laser mengetengahkan pemfokusan laser buat pengguna peranti tersebut. Berikut merupakan 5 kelebihan ZenFone 2 Laser yang perlu anda ketahui.

Pemfokusan Laser Pantas

Seperti namanya yang menyertakan perkataan ‘Laser’, apa yang membezakan ZenFone 2 Laser dengan adik-beradiknya (kecuali ZenFone Selfie) adalah pemfokusan laser yang disertakan bersama kamera utamanya. Menggunakan telefon pintar ini, pemfokusan objek dapat dilakukan dalam masa 0.3 saat sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk merakam gambar dengan pantas. Kamera ZenFone 2 Laser juga dilengkapi fungsi PixelMaster yang memudahkan rakaman gambar yang yang lebih jelas dan terang meskipun dalam keadaan yang kurang pencahayaannya.

Bateri Boleh Tanggal & Slot Mikro-SD

Asus Zenfone 2 Laser -IMG_9729

Pada awal ZenFone 2 diperkenalkan, bateri pada peranti tersebut tidak boleh ditanggalkan. Untuk ZenFone 2 Laser, kapasiti bateri masih sama, iaitu 3,000 mAh namun baterinya boleh ditanggalkan. Manfaat bateri yang boleh ditanggalkan adalah sekiranya prestasi bateri menurun, ia boleh digantikan dengan mudah sekaligus memanjangkan hayat penggunaan peranti ini. Dengan slot kad Mikro-SD, pengguna boleh menambah kapasiti storan tambahan sehingga 128GB pada peranti yang sedia mempunyai kapasiti storan terbina sebanyak 16GB.

Rekaan Ergonomik

Asus Zenfone 2 Laser -IMG_9712

Dalam mencipta sesuatu peranti, sifat ergonomik merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian serius. Asus mengetengahkan rekaan ZenFone 2 Laser dengan permukaan belakang melengkung yang ergonomik dan membuatkan butang kuasa dan kawalan bunyi lebih mudah dirasa apabila ditekan. Posisi butang kawalan suara dibahagian belakang pula dilihat lebih mudah dicapai jari pengguna, selain berjaya menipiskan peranti secara keseluruhannya.

ZenUI Dengan Pelbagai Kustomasi

Asus Zenfone 2 Laser -IMG_9720

Tahukah anda antaramuka ZenUI merupakan satu antaramuka yang agak kemas dan minimal ? Kini telah mencapai iterasi 2.0, ZenUI terbaru ini membawakan pelbagai kemaskini dan sokongan. Selain dari menyokong gesture yang membolehkan pengguna melakukan gerakan jari pada skrin untuk melancarkan sesuatu aplikasi, ZenUI turut memudahkan pengkelasan aplikasi menerusi penggunaan ‘Folder’. Fungsi ‘Double Tap’ turut hadir pada ZenUI memudahkan pengguna untuk menghidupkan peranti dengan mudah.

Harga Mampu Milik

ZenFone 2 Laser hadir pada tiga variasi, dibezakan dengan saiz paparan skrin iaitu 5-inci, 5.5-inci dan juga 6-inci. Kesemuanya mempunyai spesifikasi yang hampir serupa, dan bagi saiz 6-inci membawakan skrin HD penuh 1920 x 1080 dan juga pengecasan pantas. Ia ditawarkan pada harga RM 649 untuk saiz 5-inci, RM 799 untuk saiz 5.5-inci dan saiz 6-inci yang ditawarkan pada harga kurang dari RM 1,000. Ia semestinya merupakan satu penawaran mampu milik untuk spesifikasi yang tidak terkalah.


 

Khusus buat pembaca Amanz, pihak ASUS Malaysia menawarkan dua unit ZenFone 2 Laser 5-inci (ZE500KL) dan 5.5-inci (ZE550KL) untuk dimenangi menerusi cabutan bertuah. Dua cabutan bertuah akan dilakukan, dan bagi menyertainya anda hanya perlu mengisi tempat kosong berikut:

“Saya mahukan [ pilih HANYA SATU antara ZenFone 2 Laser 5-inci atau 5.5-inci ] kerana [sambung jawapan anda dengan alasan yang menarik] ”

Sertakan jawapan anda di ruangan komentar dengan e-mel yang sah sebelum hari Ahad 10 Januari 2016 11:59 malam. Pemilihan pemenang adalah secara rawak, dimana pemenang cabutan bertuah akan memenangi ZenFone 2 Laser mengikut saiz yang diinginkan. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat pengeposan di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.

Penafian: Advertorial dari ASUS Malaysia

Kemaskini 18 Januari 2015: Tahniah kepada pemenang. Berikutan sambutan yang menggalakkan, pihak ASUS Malaysia telah menambah 5 hadiah saguhati berupa patung mainan Zenny. Berikut merupakan senarai pemenang dan telahpun dihubungi menerusi emel.

  • Zenny Plushy: jetta_one, muhammad hafidz, yadh, hizami, man_bai.
  • Zenfone 2 Laser 5-inci: AMS (Bakal Pencinta Zenfone)
  • Zenfone 2 Laser 5.5-inci : AHMAD MUSTAQIM BIN MOHD

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih buat kesemua peserta


TIPS & ULASAN