Carian
Xiaomi Redmi 3 Bakal Dilancarkan Pada 12 Januari Dengan Rekaan Logam, Bersaiz 5-inci
January 7, 2016 Aman

Xiaomi pada tahun lepas telah memperkenalkan Redmi Note 3 – iaitu peranti phablet mampu milik mereka, hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dan juga rekaan berasaskan kerangka logam. Terkini, perkara sama turut diijangka diintegrasikan pada Redmi 3 – telefon pintar mampu milik mereka.

Xiaomi Redmi 3

Xiaomi Redmi 3 ini bakal membawakan rekaan berasaskan logam, dan gambar teaser yang dikeluarkan pihak Xiaomi memperlihatkan ia akan menyertakan rekaan bercorak pada bahagian belakang – yang mana kelihatan agak menarik dan premium berbanding beberapa peranti Xiaomi Redmi sebelum ini.

Spesifikasi penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan Xiaomi akan memperkenalkan ia secara rasmi pada 12 Januari 2016 kelak.

Komen