Bukan helikopter. Tetapi, EHANG 184 adalah sebuah dron yang berbeza dengan beberapa dron lain di pasaran. Selain daripada hanya membawa kamera atau barangan, EHANG 184 merupakan sebuah dron yang boleh membawa manusia terbang menaikinya.
Menggunakan EHANG 184, pengguna boleh menetapkan lokasi yang ingin dituju, dan dron berkenaan akan membawa penumpang yang menaikinya ke lokasi yang dikehendaki secara automatik.
EHANG 184 ini boleh membawa berat sebesar 120kg bersama-sama dengannya, pada kelajuan sehingga 100km/j. Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan untuknya buat masa ini adalah masa bertahan bateri yang hanya bertahan sekitar 23 minit – dan memerlukan sehingga 4 jam untuk pengecasan.
Dron yang boleh membawa manusia ini dijangka dipasarkan tidak lama lagi, dan harga jualannya dijangka sekitar $200k hingga $300k (~RM1.3 juta).
https://www.youtube.com/watch?v=IrPejpbz8RI