Carian
Maybank Visa Payband Membolehkan Pembayaran Dilakukan Menggunakan Gelang Tangan
January 8, 2016 Aman

Maybank terkini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Visa, dalam menawarkan sebuah gelang tangan pintar, dinamakan sebagai Maybank Visa Payband. Menggunakannya, ia membolehkan para pengguna membuat pembayaran terus menggunakan gelang tangan mereka.

Dinamakan sebagai Maybank Visa Payband, ia disokong untuk digunakan pada pelbagai kedai yang menerima pembayaran menggunakan Visa payWave – yang mana kini terdapat pada lebih 1000 lokasi seluruh negara.

Maybank Visa Payband

Langkah ini diperkenalkan oleh pihak Maybank dengan era masa kini yang mana telah mula menerima kaedah pembayaran baru. Pembayaran menggunakan gelang tangan ini boleh digunakan di beberapa lokasi – terutamanya seperti di lokasi taman tema, tempat acara luar, dan beberapa lokasi dan tempat yang mungkin sukar untuk anda membuat pembayaran seperti kebiasaan.

Maybank dijangka akan memasarkan produk baru ini kepada pemegang kad mereka tahun ini.

Komen