Cari @ Amanz

Linux Mint merupakan salah satu variasi sistem operasi Linux yang popular dikalangan pengguna – selain daripada Ubuntu, Fedora dan sebagainya. Terkini, melangkah ke tahun baru 2016, pihak pembangun Linux Mint telah pun mengumumkan nama kod untuk Linux Mint 18 akan datang, iaitu “Sarah”.

Linux Mint 17 Qiana

Perkara baru yang bakal dibawakan oleh Linux Mint 18 ini masih tidak dikongsikan lagi. Menurut pembangunnya, ia dijangka untuk dilancarkan sekitar Mei atau Jun 2016 ini – dan ia akan berasaskan kepada Ubuntu 16.04 LTS. Secara kasarnya, sistem operasi ini akan menawarkan sokongan jangka masa panjang – iaitu sehingga tahun 2021 kelak.

Pihak Linux Mint mengatakan, mereka menyasarkan untuk menyertakan rekaan antaramuka baru dan pengalaman yang lebih baik melalui versi baru ini. Mereka masih tidak mempunyai sebarang informasi lanjut untuk dikongsikan buat masa ini – dan mungkin kita akan mengetahuinya sedikit demi sedikit tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd