Cari @ Amanz

Oculus Rift ialah cermin mata VR yang amat dinantikan kemunculannya. Bermula 28 Mac ini ia boleh di pra-pesan dengan harga jualan $599 (~RM 2637). Dengan setiap pembelian anda akan menerima cermin mata VR, alat kawalan Oculus Remote, sensor dan satu pengawal Xbox One. Sebuah permainan VR Lucky’s Tale turut disertakan bagi membolehkan pengguna mencuba Rift baru mereka. Pra-pesanan hanya dibuka kepada 20 negara tertentu sahaja setakat ini.

Oculus-Rift-Set-2

Harga jualan peranti realiti maya ini amatlah mahal dan pengguna juga memerlukan sebuah PC berspesifikasi tinggi untuk menggunakannya. Keperluan minimum menggunakan Rift ialah pemproses Intel Core i5-4590, kad grafik NVIDIA GTX 970 / AMD R9 290 dan RAM sebesar 8 Gigabyte. Ini sekurang-kurangnya memerlukan pengguna membelanjakan lebih RM 4000. Jadi sekiranya anda berminat memiliki peranti VR ini, kumpullah duit dari sekarang.

Oculus-Rift-Set-1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd