Cari @ Amanz

Pada tahun 2014 jenama Nokia dihentikan penggunaannya pada peranti Lumia dan digantikan dengan Microsoft. Tahun 2016 sebuah lagi jenama ikonik di dalam dunia peranti mudah alih akan digantikan. Lenovo mengumumkan jenama Motorola akan dihentikan penggunaannya dan digantikan dengan Lenovo. Bermula tahun ini semua peranti keluaran Motorola akan menggunakan nama “Moto by Lenovo”. Peranti Lenovo pula akan menggunakan nama “Vibe by Lenovo“. Ini ialah usaha penyeragaman nama peranti-peranti pintar yang dikeluarkan oleh mereka selepas pembelian Motorola. Logo “M” Motorola masih akan dipaparkan pada peranti pintar yang dikeluarkan namun logo Lenovo akan diletakkan dengan saiz lebih besar.

Motorola-A-Lenovo-Company

Tahun 2016 baru sahaja bermula tetapi kita sudah kehilangan sebuah jenama yang boleh dikatakan disayangi peminat peranti pintar. Jika anda memberitahu kami 10 tahun dahulu bahawa jenama Nokia dan Motorola akan berkubur satu demi satu kami pastinya akan mentertawakan anda. Gergasi besar rebah kerana pengurusan yang lemah serta lambat melakukan inovasi. Di dalam dunia teknologi istilah “terlalu besar untuk rebah” memang tidak wujud. Selamat tinggal Motorola, selamat datang Moto by Lenovo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd