Zeiss Melancarkan Tiga Lensa Tambahan Untuk iPhone

Zeiss Melancarkan Tiga Lensa Tambahan Untuk iPhone

Diterbitkan pada Jan 8, 2016 oleh .

Aksesori lensa tambahan untuk peranti pintar sudah wujud sejak pengguna mula mengambil serius pengambilan gambar menggunakan peranti mudah alih. Terdapat puluhan lensa tambahan di pasaran dengan pelbagai kualiti dan harga. Kini Zeiss, pengeluar lensa kamera yang sering kita kaitkan dengan Nokia pula menghasilkan set lensa tambahan mereka dengan kerjasama Exolens.

Zeiss-Exolens

Set tiga lensa tambahan Zeiss ini dihasilkan khas untuk iPhone 6/6S dan 6 Plus/6S Plus. Lensa yang dihasilkan ialah lensa sudut lebar 18mm, lensa telefoto 56 mm dan lensa makro 40-80 mm. Ketiga-tiga lensa dipasang pada iPhone menggunakan cagak yang diperbuat daripada aluminium. Tiada harga ataupun tarikh jualan diumumkan buat masa ini. Kepada mereka yang tidak memiliki iPhone, versi untuk peranti lain akan dihasilkan tetapi sekali lagi maklumat terperinci masih belum diumumkan.

Zeiss-Exolens-2


TIPS & ULASAN