Cari @ Amanz

Intel Compute Stick ialah komputer mini yang mengubah televisyen menjadi sebuah komputer. Tahun lalu ia dilancarkan dan diperkasakan dengan pemproses Intel Atom. Februari ini tiga versi baru Compute Stick akan dijual dan diperkasakan pemproses Intel Core M3, M5 dan Atom x5-Z8500. Ini adalah bagi memberikan peningkatan kepada kuasa memproses komputer yang hanya sebesar peket gula-gula getah.

intel-Computer-Stick-M3

Intel Compute Stick versi baru ini mempunyai tiga port USB, sokongan Bluetooth 4.1 dan WiFi. Versi Intel Core M mempunyai muatan dalaman 64 Gigabyte dan RAM sebesar 4 Gigabyte. Sistem operasi Windows 10 disertakan. Untuk versi Intel Atom ia mempunyai muatan dalaman 32 Gigabyte dan RAM sebesar 2 Gigabyte. Harga jualan pula untuk versi Core M3 ialah $399, Core M5 $499 dan Intel Atom $159.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd