GoPro Merancang Untuk Memperkenalkan Kamera 360-Darjah Untuk Pengguna

GoPro Merancang Untuk Memperkenalkan Kamera 360-Darjah Untuk Pengguna

Diterbitkan pada Jan 8, 2016 oleh .

GoPro telah memperkenalkan kamera 360-darjah mereka pada tahun lepas – yang mana merupakan koleksi kamera GoPro yang dipasang pada suatu cagak khusus. Dari segi harga, ia agak mahal, dan boleh dikatakan tidak begitu sesuai untuk pengguna biasa membeli dan menggunakannya dalam merakamkan aksi mereka.

Terkini, selepas Nikon memperkenalkan kamera aksi 360-darjah mereka, pihak GoPro melalui CES 2016 turut mengatakan mereka akan hadir dengan versi lebih kasual untuk kamera 360-darjah mereka.

GoPro Hero4 Session

Dengan penawaran pihak GoPro, ia dijangka akan mempertingkatkan kandungan 360-darjah pada web – apatah lagi dengan pihak Google dan Facebook yang telah mula menyokongnya sejak tahun lepas. Peningkatan penawaran peranti realiti-maya juga sekaligus akan memberikan kesan positif kepada penawaran kamera GoPro ini.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan, dan pihak GoPro mengatakan mereka akan hadir denganya tidak lama lagi. Selain itu, pihak GoPro juga bakal memperkenalkan dron mereka yang dilengkapi kamera tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN