Microsoft Sedang Membangunkan Kad-SIM Khusus Untuk Pengguna Windows

Diterbitkan pada Jan 8, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, beberapa syarikat mudah-alih turut telah memfokuskan kepada perkhidmatan telekomunikasi. Xiaomi telah hadir dengan perkhidmatan telekomunikasi tersendiri sebelum ini, disamping Apple telah mencuba kaedah kad SIM baru pada produk mereka untuk memudahkan pengguna berpindah syarikat telekomunikasi.

Lumia 950XL20151215_155727

Terkini, Microsoft turut dilihat merancang ke perkara yang lebih kurang sama, dimana melalui sebuah aplikasi yang diterbitkan pada Windows Store, Microsoft dilihat akan hadir dengan Microsoft SIM Card dan beroperasi bersama-sama sistem Windows 10.

Secara kasar, ia dilihat Microsoft akan menjual pelan data melalui Windows Store, dan diintegrasikan dengan Microsoft Account pengguna – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan dan mengakses rangkaian LTE pada beberapa syarikat telekomunikasi berbeza.

Pihak Microsoft masih tidak mengumumkan perancangan mereka berkaitan perkara ini buat masa ini – dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami