Asus ZenBeam – Projektor Mudah-Alih Untuk Telefon Pintar Anda

Asus ZenBeam – Projektor Mudah-Alih Untuk Telefon Pintar Anda

Diterbitkan pada Jan 8, 2016 oleh .

Asus telah sedia mempunyai beberapa penawaran produk menarik dibawah nama keluarga Zen. Terkini, di CES 2016, pihak Asus turut melancarkan sebuah lagi produk baru, iaitu sebuah projektor mudah-alih dinamakan sebagai Asus ZenBeam.

Asus ZenBeam merupakan projektor mudah-alih untuk anda bawa ke mana-mana dengan mudah. Daripada gambar yang diperlihatkan, ia bersaiz lebih kurang sama seperti telefon pintar anda.

Asus ZenBeam

Dua variasi ZenBeam telah diperkenalkan oleh Asus, iaitu Asus ZenBeam E1z dan juga ZenBeam E1.

Asus ZenBeam E1Z hadir dengan sokongan USB, membolehkan pengguna menggunakan ia bersama-sama peranti Android, Windows, ataupun bersama-sama Zenfone dan juga ZenPad.

Asus E1 pula menggunakan output berasaskan HDMI/MHL, yang turut menyokong sejumlah peranti dipasaran.

Setiap ZenBeam hadir dengan bateri terbina sendiri untuk memudahkan anda menggunakannya diluar tanpa risau akan mengenai palam kuasa.

Harga jualannya tidak diketahui lagi buat masa ini, dan mungkin Asus akan mula menjualnya dalam beberapa bulan lagi di pasaran global.


TIPS & ULASAN