Carian
Xiaomi Redmi 3 Akan Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 4100mAh
January 9, 2016 Aman

Beberapa hari yang lepas, pihak Xiaomi telah mengatakan mereka akan melancarkan Redmi 3 secara rasminya pada minggu hadapan, 12 Januari 2016. Ketika itu, mereka mengatakan Redmi 3 akan hadir dengan rekaan logam dan turut menyertakan skrin bersaiz 5-inci.

Xiaomi Redmi 3

Terkini, pengeluar peranti popular dari China berkenaan berkongsi lagi satu gambar teaser baru, memperlihatkan peranti berkenaan akan hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh.

Xiaomi juga turut berkongsi beberapa gambar teaser lain yang sekadar memperlihatkan peranti berkenaan dari belakang – dimana ia hadir dengan rekaan berasaskan logam dan dengan corak khusus.

Dengan teaser terbaru ini, semestinya ramai yang menantikan apakah lagi kejutan yang bakal dibawakan oleh pihak Xiaomi bersama-sama peranti Redmi 3 kelak.

Xiaomi Redmi 3

Xiaomi Redmi 3

Komen