Paper Like Digital Camera – Kamera Nipis Seperti Kertas

Paper Like Digital Camera – Kamera Nipis Seperti Kertas

Diterbitkan pada Jan 9, 2016 oleh .

Kamera digital kini menggantikan kamera analog sebagai peranti utama mengambil gambar. Ini mengakibatkan syarikat pengeluar filem seperti Kodak mengalami kerugian dan menghentikan penjualan filem tradisional. Terdapat ribuan model kamera digital di pasaran sekarang dari DSLR berharga ratusan ribu ringgit hinggalah kamera kompak sebesar telapak tangan. Kamera digital paling popular pula ialah yang terbina pada setiap peranti pintar yang wujud di tangan pengguna sekarang. Paper Like A Digital Camera ialah sebuah lagi kamera digital yang memasuki pasaran tetapi dengan sebuah keunikan.

Paper-Like-A-Camera-2

Kemera digital ini amat nipis dan tidak mengambil banyak ruang kerana hanya setebal 0.6 sentimeter. Ia mampu mengambil gambar pada resolusi 1280 x 1024 pixel dan video berformat AVI ada resolusi 720P. Kamera pipih ini dilengkapi sensor sebesar 1.3 Megapixel. Muatan dalaman boleh ditambah menggunakan kad MikroSD sehingga 16 Gigabyte. Ianya dijual pada harga 3299 Yen (~RM 124) sebuah.

Paper-Like-A-Camera-1


TIPS & ULASAN