Cari @ Amanz

Facebook sedia memberikan fokus sepenuhnya kepada perkhidmatan Messenger mereka sejak daripada tahun lepas. Perkhidmatan berkenaan kini digunakan oleh lebih daripada 800 juta pengguna seluruh dunia secara aktif setiap bulan.

Facebook Messenger

Bergerak kehadapan, kini sebuah gambar hadir ke arena web, memperlihatkan Facebook sedang menguji aplikasi Messenger untuk Mac. Daripada gambar yang dilaporkan oleh TechCrunch, aplikasi berkenaan digunakan oleh salah seorang pekerja Facebook – berkemungkinan masih dalam proses pengujian sebelum ia dilancarakan kepada umum.

Buat masa ini, aplikasi Messenger sedia mempunyai untuk pengguna web, pengguna peranti mudah-alih, dan juga turut ditawarkan dalam bentuk web. Pelancaran ini mungkin tidak mengejutkan ramai pihak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd