Carian
Polaroid Mengumumkan Pencetak 3D Yang Lebih Mesra Pengguna
January 10, 2016 Aman

Polaroid merupakan salah satu jenama terkemuka dalam arena kamera. Pada tahun lepas, mereka turut telah hadir dengan sebuah telefon pintar berasaskan Android, dan terkini, pada tahun ini pula mereka telah hadir dan mengumumkan pengenalan pencetak 3D mereka untuk pengguna umum.

Pencetak 3D ini dengan sasaran kepada pengguna, pihak Polaroid ingin menawarkan kawalan dan tetapan yang lebih mudah untuk proses percetakkan. Kebiasaannya, pencetak 3D dipasaran hari ini mempunyai pelbagai butang dan kawalan yang perlu ditetapkan sebelum memulakan proses percetakkan, dan pihak Polaroid cuba mengatasi masalah ini dengan menawarkan kemudahan untuk pengguna mencetak 3D. Beberapa tetapan mudah disediakan, tetapi hasil akhirnya dijanjikan menawarkan kualiti percetakkan yang serupa seperti pencetak 3D lain.

Polaroid Printer 3D

Dinamakan sebagai Polaroid ModelSmart 250S, pencetak 3D ini hadir dengna sokongan kamera berasaskan WiFi terbina padanya, dan hadir dengan sokongan kalibrasi automatik. Ini memudahkan anda membuat percetakkan 3D dengan baik, dan pada masa yang sama memantau apa yang berlaku.

Rekaan pencetak 3D ini sendiri menyertakan beberapa elemen seumpama rekaan kamera Polaroid sebelum ini.

Untuk pembangunan pencetak 3D ini, pihak Polaroid mengumumkan kerjasama dengan pengeluar katrij terkemuka di UK, iaitu Environmental Business Products (EBP) – sekaligus memperlihatkan ia hanya akan ditawarkan di pasaran Eropah untuk permulaan.

Komen