Cari @ Amanz

Stabilo merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pengeluaran alat tulis. Terkini, bersempena dengan CES 2016, mereka turut memperlihatkan produk baru yang bakal dipasarkan mereka tidak lama lagi, dinamakan sebagai Stabilo Digipen.

Stabilo Digipen

Stabilo Digipen ini boleh dihubungkan kepada peranti Windows, Android, Mac dan juga iOS menggunakan sambungan Bluetooth. Melaluinya, pengguna boleh menulis seperti biasa pada sebarang permukaan – sama ada kertas dan sebagainya, dan pen ini melalui perisian khusus akan mengesan tulisan berkenaan dan memaparkannya dalam bentuk digital pada peranti pintar pengguna.

Stabilo Digipen

Pen mata bulat ini hadir dengan integrasi membolehkan pen ini mengesan lebih 2048 tahap tekanan dan gerakan tangan bagi membolehkan ia mengesan apakah huruf dan perkataan yang ditulis oleh seseorang pengguna.

Buat masa ini, pen ini masih pada peringkat prototaip, dan pihak Stabilo dijangka akan membuat penjualan melalui konsep pengumpulan dana tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd