Cari @ Amanz

Maxis kini dilihat telah memulakan sokongan pembelian kandungan pada Google Play Store menggunakan kredit dan pembayaran bil telekomunikasi. Melalui sokongan ini, pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan akaun pascabayar atau prabayar mereka, dan tidak lagi memerlukan kad kredit atau debit untuk melakukan pembayaran.

Maxis Google Play Store

Fungsi pembelian menggunakan akaun kredit telekomunikasi ini merupakan salah satu fungsi yang diminta ramai – apatah lagi di negara membangun seperti Malaysia. Ini adalah kerana tidak semua pengguna mempunyai akses kepada kad kredit, malah lebih selesa membuat pembayaran menggunakan akaun dan bil telekomunikasi berbanding kepada penggunaan kad kredit.

Dengan ujian ini, ia menjadikan kini pengguna Maxis turut boleh membuat pembelian menggunakan kredit akaun telekomunikasi – seperti pengguna Digi. Untuk menggunakannya, ketika membuat pembayaran pada Google Play Store, pengguna boleh menekan pada harga aplikasi atau kandungan berkenaan, dan seterusnya memilih “Payment Method”. Anda akan dipaparkan dengan pilihan Use Maxis Biling – yang mana membuat pembayaran menggunakan akaun Maxis anda.

Daripada apa yang kami lihat, fungsi ini hanya diaktifkan untuk beberapa pengguna pascabayar Maxis sahaja. Akaun Hotlink kami masih tidak memperlihatkan sokongan sama. Google juga masih belum mengemaskini halaman rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan sokongan ini masih belum rasmi lagi buat masa ini.

Maxis Google Play Store

Terima kasih Muliady Amrose

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd