Rocket Internet merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pelbagai perkhidmatan berasaskan internet, dan salah satunya adalah Easy Taxi. Easy Taxi merupakan perkhidmatan menempah teksi menggunakan sebuah aplikasi khusus dan telah beroperasi di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas.
Namun, dalam industri ini, boleh dikatakan Easy Taxi menghadapi cabaran yang serius daripada pelbagai penyedia lain – terutamanya daripada GrabTaxi dan juga Uber.
Terkini, ia dilaporkan pihak Rocket Internet telah menamatkan perkhidmatan Easy Taxi mereka di rantau Asia – termasuk Malaysia.
Perkara ini mungkin telah dijangkakan beberapa pihak, apatah lagi dengan Easy Taxi yang telah mengurangkan penawaran perkhidmatan mereka, malah telah menamatkan perkhidmatan di beberapa buah negara sekitar Asia.
Aplikasi Easy Taxi masih boleh digunakan, tetapi ia dilihat tiada lagi pemandu teksi yang menggunakannya, apatah lagi pengguna.
Pihak Rocket Internet dikatakan akan memfokuskan penawaran Easy Taxi di rantau Amerika Latin sahaja selepas ini