Cari @ Amanz

Xiaomi telah hadir dengan beberapa teaser untuk peranti Xiaomi Redmi 3 sejak daripada penghujung minggu lepas, dan terkini, beberapa info-info baru turut hadir – sebelum pelancarannya rasminya yang akan berlaku esok, 12 Januari 2016.

Xiaomi sebelum ini telah mengatakan yang mana Redmi 3 akan hadir dengan skrin 5-inci dan rekaan berasaskan logam. Mereka juga telah mengatakan ia akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4100mAh untuk penawaran masa penggunaan yang lebih lama.

Xiaomi Redmi 3

Terkini, Xiaomi turut mengatakan peranti Redmi 3 mereka akan dilengkapi Snapdragon 616 untuk prestasi yang lebih baik berbanding dengan Snapdragon 410 sebelum ini.

Disamping itu, untuk tujuan rakaman gambar, ia akan dilengkapi dengan sokongan kamera 13-megapixel PDAF (Phase Detection Auto-Focus) untuk rakaman gambar yang pantas berbanding kamera peranti lain.

Pada bahagian SIM pula, peranti ini akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana ruangan SIM kedua berfungsi secara hibrid sama ada pilihan kad SIM atau kad mikro-SD sehingga 128GB.

Dengan pelbagai info yang telah diperlihatkan oleh Xiaomi ini, semestinya ramai yang akan nantikan adakah Xiaomi mempunyai sebarang kejutan untuk diumumkan esok, ataupun sekadar ini sahaja?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd