Carian
NUA Robotics – Bagasi Pintar Yang Boleh Mengekori Anda
January 11, 2016 Effi Saharudin

Terdapat beberapa bagasi pintar yang kami paparkan di laman ini tahun lalu. Definasi pintar di sini ialah ia boleh dikesan dengan menggunakan aplikasi GPS dan mempunyai power bank terbina bagi mengecas peranti pintar. NUA Robotics maju selangkah lagi di dalam dunia pemintaran bagasi. Ianya bagasi yang tidak perlu ditarik kerana mampu mengekori pengguna apabila diperlukan.

Nua-Robotics

Dengan NUA Robotics masalah menarik bagasi berat di lapangan terbang ataupun perjalanan ke hotel akan dapat diselesaikan. Selain mod pergerakan automatik, bagasi robotik ini turut mempunyai dilengkapi sistem GPS bagi membolehkan pengguna mengesan kedudukannya. Menarik sekali ia turut mempunyai sistem yang membolehkan pengguna mengesan kedudukan peranti pintar yang ditambah kepadanya. Ia turut mampu menimbang beratnya sendiri bagi mengelakkan pembayaran apabila bagasi terlebih had. Akhir sekali ia mempunyai power bank terbina untuk mengecas peranti. Bagasi pintar ini masih lagi di dalam peringkat percubaan dan masih belum boleh sedia untuk dijual.

 

Komen