Suis Sperma Sedang Dibangunkan – Memudahkan Perancangan Keluarga

Suis Sperma Sedang Dibangunkan – Memudahkan Perancangan Keluarga

Diterbitkan pada Jan 11, 2016 oleh .

Di muka bumi Allah kini terdapat 7.5 Billion manusia. Menjelang 2100 jumlah manusia mungkin meningkat ke 11 Billion. Jumlah manusia semakin meningkat tetapi sumber makanan, air, minyak dan mineral semakin kehabisan. Oleh sebab itu perancangan keluarga adalah penting bagi memastikan segala sumber tidak kehabisan dengan terlalu pantas. Perancangan keluarga kerap jatuh di tangan wanita. Mereka mengambil pil perancang, mengambil suntikan anti kehamilan dan juga memakai alat IUD. Pilihan untuk lelaki adalah terhad kepada kondom dan pil perancang yang hanya boleh dibeli di negara-negara membangun.

Bimek-SLV

Bimek sebuah syarikat dari Jerman sedang membangunkan sistem perancangan keluarga lelaki yang inovatif. Bimek SLV ialah suis sperma yang membenarkan seorang lelaki menghalang sperma dari dirembeskan ketika ejakulasi. Ini sekaligus memastikan kehamilan tidak akan berlaku selepas melakukan hubungan kelamin. Suis sperma ini boleh dihidupkan dan dimatikan mengikut kehendak pengguna. Ia dipasang secara terus ke salur yang menghasilkan sel sperma dari testis. Alat perancangan keluarga ini masih sedang diuji keberkesanannya. Ujian klinikal besar-besaran hanya akan dilakukan tahun ini dan sekiranya berjaya Bimek SLV akan memasuki pasaran pada tahun 2018. Menurut Bimek, SLV boleh dipasang dengan pantas pada pelanggan dengan tempoh pembedahan tidak melebihi 30 minit. Dengan adanya sistem suis ini, pasangan akan lebih mudah merancang anak dan ini mengurangkan kebarangkalian mempunyai anak yang terlalu banyak sehingga tidak mampu menampung perbelanjaan harian mereka kelak.

[youtubehttps://www.youtube.com/watch?v=nPk7No9mnWQ]


TIPS & ULASAN