Honor Band Zero (Z1) Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor Band Zero (Z1) Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 11, 2016 oleh .

Honor Malaysia kini nampaknya telah memulakan promosi untuk jam tangan pintar mereka tersendiri, Honor Band Z1 – memperlihatkan ia bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Honor Band Z1 merupakan jam tangan pintar dengan sistem operasi tersendiri daripada Honor, membawakan rekaan skrin bulat, dan menyertakan pelbagai ciri-ciri asas seperti memperlihatkan notifiikasi panggilan telefon dan SMS, mengira langkah perjalanan, memantau kualiti tidur dan beberapa yang lain.

Honor Band Z1

Dengan menggunakan sistem operasi tersendiri, jam tangan pintar ini mampu bertahan sehingga 3 hari lamanya. Honor Band Z1 turut dilengkapi dengan sokongan kalis air untuk digunakan ketika hujan dan aktiviti luar.

Honor Malaysia masih tidak mengumumkan harga jualan dan tarikh jualannya buat masa ini – dan dijangka diketahui tidak lama lagi.

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band

Huawei Honor Band


TIPS & ULASAN