Uber Memperkenalkan Perkhidmatan Mereka Di Shah Alam

Uber Memperkenalkan Perkhidmatan Mereka Di Shah Alam

Diterbitkan pada Jan 11, 2016 oleh .

Uber agak popular di media massa sejak tahun lepas, memandangkan ia menerima tentangan daripada pemandu teksi, di samping pihak SPAD yang dikatakan sedang membuat perubahan pada undang-undang untuk turut memantau perkhidmatan berkenaan. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak Uber untuk memperluaskan perkhidmatan di Malaysia, dan terkini telah melancarkan perkhidmatan mereka di Shah Alam.

Uber Shah Alam

Melalui Uber, kini pengguna boleh membuat tempahan kenderaan untuk ke sesuatu lokasi – seperti untuk kerja, ke tempat belajar, dan sebagainya. Perkhidmatan Uber X juga turut ditawarkan untuk pengguna di Shah Alam.

Bersempena dengan pelancaran ini, pihak Uber menawarkan diskaun sehingga 20% untuk tiga pemanduan pertama di Uber untuk tempoh dua minggu akan datang, dan pengguna hanya menggunakan kod SHAHALAMLOVE untuk mendapatkan diskaun berkenaan.


TIPS & ULASAN