(Ura-Ura) iPhone Bersaiz 4-inci Mungkin Dikenali Dengan Nama iPhone 5e?

(Ura-Ura) iPhone Bersaiz 4-inci Mungkin Dikenali Dengan Nama iPhone 5e?

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Kadang-kala, desas-desus berkaitan produk Apple tidak begitu masuk akal. Beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar akan mengenai pihak Apple yang sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar pada harga yang lebih rendah, dinamakan sebagai iPhone 6c.

iPhone 5C

Terkini, laporan baru hadir mengatakan telefon pintar berkenaan akan dikenali dengan nama iPhone 5e. Laporan sama mengatakan telefon pintar bersaiz 4-inci ini akan menggunakan cip pemprosesan A8, dan memori 2GB RAM.

Ia tidak diketahui lagi apakah nama yang akan digunakan oleh Apple untuk produk akhir mereka.

iPhone bersaiz 4-inci ini dijangka diperkenalkan pada awal tahun ini – bersama-sama Apple Watch 2 kelak. Walaupun kemungkinan untuk menggunakan nama iPhone 5e ini adalah amat tipis, sama-sama kita nantikan adakah ia akan menjadi benar atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN