Apple Tidak Membangunkan Sebarang Aplikasi untuk Pemindahan Data Ke Android

Apple Tidak Membangunkan Sebarang Aplikasi untuk Pemindahan Data Ke Android

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Lanjutan daripada laporan semalam, kini pihak Apple telah mengeluarkan komen rasmi mereka, mengatakan mereka tidak membangunkan sebarang perisian atau aplikasi untuk memudahkan pengguna berpindah dari iOS ke Android.

Menurut Apple, mereka lebih memfokuskan kepada memindahkan para pengguna Android ke iPhone – dan perkara tersebut dikatakan sedang berjalan lancar.

Move-to-Android-App

Apple sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi “Move to iOS” untuk Android dalam usaha memudahkan pengguna peranti Android berpindah ke telefon iPhone.

Laporan sebelum ini hadir mengatakan Apple mungkin tertakluk dibawah undang-undang Eropah yang menganggap penawaran hanya pemindahan sehala tidak adil dan melanggar hak pengguna.

Walaupun pihak Apple sendiri tidak menawarkan kemudahan tersebut, terdapat beberapa pengeluar peranti lain yang memudahkan proses pemindahan data ke telefon Android menggunakan sokongan terbina pada peranti berkenaan – seperti pada HTC, Sony dan sebagainya.


TIPS & ULASAN