iOS 9.3 Membawakan Sokongan Siri Dalam Bahasa Malaysia

iOS 9.3 Membawakan Sokongan Siri Dalam Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini iOS 9.3 Preview kepada para pembangun, dan salah satu fungsi menarik yang mencuri perhatian ramai adalah sokongan Siri dalam bahasa Malaysia.

siri

Siri merupakan sokongan pembantu pintar daripada Apple, membolehkan pengguna membuat beberapa tugasan dan peringatan dengan mudah. Pengguna juga turut boleh melakukan pelbagai carian pintar menggunakannya, selain menambah jadual pada kalendar dan sebagainya.

iOS 9.3 Beta ditawarkan kepada para pembangun sahaja buat masa ini, dimana bersama-sama pengenalan Siri dalam bahasa Malaysia, ia juga turut menyertakan sokongan Night Shift, fungsi Quick Actions yang baru, dan beberapa fungsi baru lain.

Kami masih belum berpeluang mencuba fungsi ini lagi buat masa ini, dan akan melakukannya dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN