Mozilla Akan Menamatkan Persona Pada November 2016

Mozilla Akan Menamatkan Persona Pada November 2016

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Beberapa tahun yang lepas, pihak Mozilla telah memperkenalkan sokongan identiti pengguna tersendiri dinamakan sebagai Persona. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk log masuk ke beberapa perkhidmatan dan menggunakan satu identiti yang sama.

Mozilla Persona

Terkini, dengan pihak Mozilla yang menamatkan satu demi satu perkhidmatan mereka, Mozilla turut mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan Persona.org mereka pada 30 November 2016 kelak. Selepas tarikh berkenaan, Mozilla akan menamatkan semua data pengguna pada laman berkenaan, dan menamatkan semua perkhidmatan yang dihoskan pada Persona.org.

Mozilla mengatakan langkah ini diambil kerana tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan, dan tidak memperlihatkan sebarang peningkatan angka pengguna sejak lebih kurang dua tahun lepas.

Sehingga tarikh 30 November 2016 kelak, Mozilla akan kekal memperkenalkan kemaskini sekuriti untuk Persona.org, tetapi tiada sebarang fungsi baru yang akan diperkenalkan.

TIPS & ULASAN