Lenovo sebelum ini telah mengambil-alih Motorola, dan telah mengumumkan beberapa perancangan untuk jenama Motorola. Peranti selepas ini dikatakan akan hadir sebagai “Moto by Lenovo“, dan kini beberapa info tambahan berkaitan turut dikongsikan Lenovo.
Menurut Lenovo, semua peranti dibawah jenama Moto akan menyertakan pengimbas cap jari terbina, dan ia akan membawakan saiz skrin 5-inci dan ke atas.
Dengan pembahagian ini, mungkin kita akan melihat jenama Moto digunakan untuk peranti berspesifikasi tinggi, sementara Vibe pula untuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan.
Bergerak ke hadapan juga, pihak Lenovo mengatakan mereka akan menyatukan antaramuka Vibe UI dan Moto UI menjadi satu pada tahun 2017 kelak.
Antaramuka Moto UI pada hari ini membawakan antaramuka hampir seperti antaramuka asal Android, dan hanya menyertakan beberapa fungsi baru sebagai tambahan – sementara antaramuka Vibe UI membawakan perubahan drastik, malah tiada talam aplikasi seperti beberapa peranti China lain.
Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penyatuan kedua-dua antaramuka ini berfungsi, dan pihak Lenovo dijangka menggunakannya pada tahun 2017 kelak.