Cari @ Amanz

MSI merupakan satu jenama yang tidak asing dalam dunia komponen perkakasan komputer dan kini mereka juga popular dengan siri laptop mereka yang mempunyai spesifikasi sesuai untuk permainan komputer. Hari ini, jenama dari Taiwan ini telah membuka kedai konsep pertama mereka di Plaza Low Yat .

Di kedai konsep MSI ini, terdapat demonstrasi dan juga penjualan peranti-peranti MSI antaranya perkakas komputer, siri komputer riba serta siri komputer riba MSI GAMING dan juga sistem workstation. Pengguna boleh melihat dan mencuba segala peranti MSI yang terdapat di kedai konsep ini. Terdapat juga peranti-peranti lain yang juga merupakan rakan kerjasama MSI yang boleh dicuba seperti peranti audio Steelseries.

MSI-Malaysia-Store-005

MSI turut menyatakan perancangan mereka untuk menambah lagi cawangan kedai mereka namun bukan dalam bentuk kedai konsep seperti yang dibuka di Plaza Low Yat, dan mungkin lebih kearah dalam memperkenalkan jenama tersebut ke seluruh Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd