Remix OS – Android Untuk Desktop Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Dipasang Pada Komputer Anda

Remix OS – Android Untuk Desktop Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Dipasang Pada Komputer Anda

Diterbitkan pada Jan 12, 2016 oleh .

Kita telah sedia melihat beberapa implementasi sistem operasi Android untuk digunakan sebagai desktop – termasuk oleh Sony pada Xperia Z3 Tablet mereka, dan juga oleh Google sendiri pada Pixel C. Terkini, salah satu syarikat pembangun bebas, turut hadir dengan sebuah sistem operasi berasaskan Android yang diubah dan dioptimasikan untuk komputer.

Remix OS

Melalui perubahan yang dibawakan, ia membolehkan sistem operasi Android digunakan sebagai sistem komputer – yang mana lebih mesra untuk digunakan dan dikendalikan menggunakan tetikus dan juga papan kekunci.

Setiap aplikasi Android juga boleh dipasang dan diakses melaluinya – termasuk memainkan permainan Android.

Pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Remix OS hari ini, dan menjalankannya pada sebarang komputer menggunakan USB 3.0.

Mungkin jika anda biasa menggunakan Chrome OS, anda akan lebih meminati Remix OS ini, sekaligus mengakses pelbagai aplikasi Android sebagai aplikasi desktop.

Muat-Turun Remix OS Preview


TIPS & ULASAN