Khazanah Nasional Membuat Pelaburan Pada Enjin Carian Penerbangan, Skyscanner

Khazanah Nasional Membuat Pelaburan Pada Enjin Carian Penerbangan, Skyscanner

Diterbitkan pada Jan 13, 2016 oleh .

Skyscanner merupakan salah satu enjin carian popular untuk mereka yang ingin mencari tiket penerbangan dan pembandingan harga dengan mudah. Terkini, Skyscanner telah menerima pelaburan berjumlah sekitar $128 juta pounds (~RM812 juta) daripada beberapa pihak.

Skyscanner

Antara pelabur yang mengambil bahagian dalam pelaburan kali ini adalah termasuk Khazanah Nasional dan juga Yahoo! Japan.

Pelaburan dan suntikan dana terbaru ini membuatkan nilai syarikat Skyscanner mencapai sekitar $1.6 bilion (~RM7.05 bilion).

Ia tidak dikongsikan berapakah pegangan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional.

Pihak Khazanah Nasional sendiri agak aktif dalam membuat pelaburan dan suntikan dana pada syarikat-syarikat ICT – terutamanya startup. Mungkin sepanjang tahun 2016 ini, kita akan melihat penyertaan pihak Khazanah Nasional yang lebih aktif dalam arena pelaburan dalam bidang ICT ini.


TIPS & ULASAN